Ha Khamis lepas bersama dalam lingkungan 270 orang staf2 di AMP ngan gua skali la gerak Bangkok untuk bercuti.... Besssssss...
Apa yang paling mengejutkan gua ialah community kat sana yang memang ikut peraturan.
Contohnya:
Dierang tak berani nak meludah kat tepi2 jalan. Ni member gua siap kena sound lagi.
Dierang tak isap rokok kat byk tempat. Cthnya: di mana2 kedai makan (biarpun kedai makan tu open air). Ni member gua siap kena saman sebab buang puntung rokok merata. 2000 Baht (RM 200). banyak tu.
Time gua naik Sky Train (sama la ngan LRT kita) semuarang yang nak masuk kena beratur dia dierang tak berebut. Kalau kat KL ni dapat gua nak naik kat Central Market ke KLCC ke sure rasa cam nak bertumbuk. hehe.
Apa yang menarik kat Bangkok:
Massage..... FUUUYOOOOHHHH massage dia mmg terbaik. Gua bayar 500 baht (RM 50) untuk 2 jam massage. Kat KL nih mmg takde la harga macam ni. Time tgh massage berempat dalam satu bilik. Sebelah gua budak Street Surfers (Bala). Awal2 tu kite bual la bantai borak kan. Tapi lepas sejam empat2 dalam bilik tu tangkap lentok daaa. Tidoooo plak dah. Siap ada yang dengkur hahaha. Tapi bukan gua la.
WARNING: cari tempat massage ni kena lah berhati-hati sebab ada tempat yang massage dia yg "ehem2". So nanti kalau korang kat sana pandai2 lah cari yg elok.
Shopping.... ni mmg gua jadi hantu. Slalunye gua takde ah kaki shopping sgt tapi kat sana tempat dia besar dah murah. Korang bayang kan tempat macam UPTOWN yang concept street market kan. Tapi ada lebih 10 000 kedai. Tempat tu di panggil CaktuCak. Dalam satu hari tu mmg takleh nak tawaf la. gua lepak sana 5 jam shopping je. Balik bilik dah macam pergi swimming sebab basah peluh. Rasa cam kurus kejap pon ada.
WARNING: Walau pun Bangkok dikira agak selamat tapi tempat2 shopping yang ramai org kena berhati2 taku ada penyeluk saku.